~ Psychology ~
Sejak beberapa tahun ni, aku berminat dan tertarik pulak dengan Psychology. Bukan sebab aku nak/suka psycho orang *=P*, tapi sebab aku suka tolong orang *pelik, kan aku ni?*. Maksud aku, aku suka tolong orang yang ada masalah sebab kadang-kadang orang yang dalam masalah ni perlukan moral and mental support dari someone. Tapi, ada jugak yang lebih prefer orang yang dikenali je yang boleh bantu dorang. Aku pun minat psychology bukan sebab aku nak kerja jadi Counselor ke. Heheh.. Aku minat so aku tahu apa aku patut buat, cakap, dan yang sewaktu dengannya kalau ada (especially kawan-kawan) yang bercerita kat aku masalah dorang. Memang laa selama ni aku tolong juga. Tapi aku tolong ikut apa yang aku rasa betul. Belum tentu apa yang aku rasa betul tu, betul, kan? Hehe.. So, aku perlulah belajar cara-cara yang betul dan tepat dalam menolong orang *gitewww*. Psychology ini juga bagus untuk aku belajar berkomunikasi dengan orang. Yelah, aku kan pemalu. Kekekekek..
Ada aku jumpa satu course Psychology (Master) ni kat UPM yang aku agak berminat. Tapi masalahnya biasanya sesiapa yang nak ambil Psychology ni kena ada basic dalam bidang Education. Hmm.. Aku ni dulu belajar I.T.. Boleh ke aku ambil? Huhu..~ Adik aku suruh je aku try, kott laa dapat. Dia suruh aku jumpa Supervisor untuk course tu. Lagi satu adik aku macam bagi "warning," kalau nak ambil Master ni aku kena sedia dan rajin untuk berusaha dan independent untuk buat research bagai (depends pada course dan major). Dah laa lecturer/supervisor tu adik aku kata strict. Mahu patah semangat aku nak teruskan. Hahaha.. Tengoklah macam mana. Kalau aku rasa aku dah sedia, mungkin aku akan sambung Master dalam bidang Psychology. Minat tu dah kuat sangat. Tinggal semangat je. Kikiki..
Eh, tiba-tiba rajin update blog =P
Comments