Cerita Berzaman..
Umur dah makin meningkat. Tapi aku tetap cenggini. Orang tengok macam nak percaya tak nak percaya je. Aku pun macam nak tak nak je percaya. Haha.. Yang penting, aku adalah aku. Aku tak jadi orang lain. Orang yang tak cuba kenal dan faham aku, memang takkan kenal aku. Kalau sekadar kenal, tapi tak faham pun tak guna. So, terima kasih kepada yang sudi mencuba. Aku pun sentiasa cuba kenal dan faham orang keliling aku supaya aku tak tambah musuh atau lawan. Life's too short to be an æšśhœłę. Hahaha.. Setelah agak sekian lama aku dok mengarang delete mengarang delete blog post ni... Akhirnya aku memilih untuk menceritakan serba sedikit tentang dari zaman aku kecik, sampai laa ni dah besau panjang dah. Hehehe.. Kalau nak baca, teruskan. Kalau tak nak, tak paksa pun. Boleh teruskan ke post yang lain ataupun baca blog lain terus. Kikikiki...
(Let's start!)
~ Dari Zaman ke Zaman Mazam-macam Zaman Berzaman-zaman ~
- Zaman Kecik-kecik (baby sampai 4 tahun).
Aku dilahirkan agak besar (4.2 kgs to be exact, hehe). Dilahirkan di KL. KL mana, cari sendiri. Haha.. Aku lahir dalam rumah. Bukan sebab tak sempat, tapi memang mak aku prefer beranak dalam rumah. 5 dari 7 adik-beradik aku lahir dalam rumah yang sama. Rare, kan? Hehe.. Masa zaman baby dulu memanglah aku tak ingat apa-apa. So, aku memang respectlah kalau ada yang ingat zaman baby dorang. Hahaha.. Tapi, apa yang aku ingat, aku dah tahu bercakap, membaca, mahupun mengaji (Muqaddam), pada umur 4 tahun. Fasih, tak ada pelat-pelat. Even mengaji pun. Dan apa yang aku tahu, aku anak yang rapat dengan abah. Anak manja abah laa senang cerita. Asyik berkepit dengan abah je. Heheh..
- Zaman Tadika (5-6 tahun).
Mula sekolah tadika umur 5 tahun. Bertadika di Kampung Baru, KL. Kalau tak silap aku nama sekolah tu Tadika Kemas Murni *eh, suka-suki aku je*. Heheh.. Aku rasalah. Masa kecik dulu tahu pergi sekolah je. Nama sekolah pun ambil tahu sekejap, lepas tu lupa dahhhh. Aku sekolah kat Kampung Baru, tapi tempat tinggal kat tempat lain. Actually aku pun tak tahu (or tak ingat) kenapa aku sekolah tadika kat Kampung Baru. Aku rasa mungkin sebab dulu ada sorang sepupu aku tinggal kat rumah arwah atuk nenek aku. So, supaya ada orang yang boleh uruskan aku selepas sekolah, mungkin sebab tu parents aku hantar ke sana. Sebab antara semua adik-beradik aku, aku sorang je tadika kat situ. Yang lain semua kat tempat lain. Pergi sekolah pagi-pagi abah hantar. Tapi balik sekolah aku balik sendiri jalan kaki. Padahal jarak antara sekolah dengan rumah arwah atuk nenek aku agak jauh untuk seorang budak. Kalau zaman sekarang memang tak adanya parents nak lepaskan anak kecik balik sendiri walaupun dekat. Tapi zaman dulu Alhamdulillah selamat. Masa umur 5 tahun tu juga, aku adalah pergi juga ke Sekolah Agama Rakyat (setahun jelah). Pergi sebab sekolah tu depan rumah arwah atuk nenek aku je. Saja jelah join, pagi sekolah tadika biasa, petang sekolah agama pula. Masuk umur 6 tahun, aku tukar sekolah *SEPATUTNYALAH!*. Tukar ke Tadika Fatimah kat Jalan Ampang tu pula. Alasan, aku nak ikut jejak arwah kakak aku pergi ke sekolah tadika yang sama. Kehkehkeh.. (tapi masa ni dia dah meninggal dah). Sebab tulah aku nak ikut jejak dia. Tapi lastly, masuk je sekolah tu, kaki tak jejak masuk pintu bilik darjah pun, baru depan pintu adalah dalam jarak 5-10 meter, aku dah lari keluar pagar sampai tepi jalan besar tu. Menangis-nangis pulak tak nak pergi sekolah tu. Alasan aku pulak kali ni?? Sebab aku nampak orang rambut colour kuning. Kihkihkih.. Tak pernah jumpa anak mat saleh depan mata, bila nampak, takut pulak. Wahahahahahah.. Terus cancel masuk Tadika Fatimah, aku join balik tadika kesayangan aku kat Kampung Baru tu. So, aku graduate tadika di Tadika Kemas Murni *kott namanya*. Heheh.. Satu kenangan masa tadika, ingat lagi aku pernah buat suspens tak balik rumah lepas sekolah. Ikut kawan pergi rumah dia. Tak inform sesiapa pun, terus je ikut kawan balik rumah dia. Dalam lebih kurang pukul 4 petang, baru bapa kawan aku tolong hantarkan aku balik rumah atuk nenek aku. Hampir call polis dah abah dan sepupu aku. Ngehngehngeh.. Aku kecik-kecik dulu tak adalah nakal sangat, tapi suka buat kerja gila sesuka hati nenek aku je. Heee...
- Zaman Sekolah Rendah (7-12 tahun)
Sekolah? B.B.G.S. (2). Sekolah perempuan semua. Sekolah di tengah-tengah bandar. Sekolah yang dah jadi Pavilion sekarang. Hahaha... Tak ada yang menarik sangat pun zaman sekolah rendah ni. Zaman sekolah rendah ialah zaman aku masih mencari identiti jantina aku *eh*. Hahaha.. Zaman tak tahu nak keperempuanan ke, kelelakian ke. Zaman lebih ke ikut kengkawan. Kehkehkeh.. Active laa jugak sukan. Join lari, pernah try-out cheerleading *bahahahaha* (sebab kawan ajak), tapi sebab cheerleading dibubarkan, aku dipilih untuk join senamrobik pula untuk acara sukan masa aku Darjah 4 dan Darjah 5. Hekhek.. Masa Darjah 4 jugalah aku ditemukan dengan bestfriend aku. Walaupun sekelas sejak Darjah 1, tapi masa Darjah 4 barulah berpeluang untuk kenal dengan lebih rapat. Memang aku mengaku, dialah satu-satunya kawan baik aku yang terbaik dan terapat. Dialah orang pertama yang aku bagitahu rahsia terbesar aku dan menangis masa Form 1. Apa yang paling aku ingat, masa aku Darjah 4 ialah zaman bermulanyalah kerjaya aku dalam bidang kawad. Hahahaha... Mula kawad masa join Puteri Islam (ikut kawan jugak). Lepas tu dah seronok, sampai untuk sukan sekolah tiap-tiap tahun sampai Darjah 6 pun aku join jugak. Ada beberapa kenangan yang tak boleh dilupakan jugak masa sekolah rendah ni. Tapi, malaslah nak cerita. Hehe..
- Zaman Sekolah Menengah (13-17 tahun)
Haaa... Zaman ni aku dah nampak ke "kelelakian", ke'tomboy'an. Tapi tak effect rambut. Kira rambut tak pernah lagi potong boy-cut laa. Dan tak adalah drastic sangat. Hahahah.. Masih keturunan sekolah yang sama. S.M.K. (P) B.B.. Means masih sekolah perempuan semua yang sama, lah. Zaman sekolah (sejak sekolah rendah) aku memang tak bergaul dengan lelaki sebab dah kata sekolah perempuan semua. Celah mana pulak nak ada lelaki, kan? Hahaha.. Tapi, pernah ber"kawan" pun cuma dengan yang sama bas sekolah (budak St. John). Itu pun sorang dua je termasuk uncle bas. Kakakaka... ITU pun masa sekolah rendah je. Masuk sekolah menengah, uncle bas dah tak nak ambil sebab takut kitorang jadi pindah tempat sekolah *sedih sebab uncle tu best*. So sekolah menengah, aku lebih banyak naik public transport (paling selalu bas Intrakota). Bila aku kata tadi sekolah aku tak ada lelaki, sebenarnya ada je. Cumanya tak tulin (pengkid bagailah). Bahahahahaha.. Tapi diorang ni, fuhhhh~ Kau cover dari leher ke bawah *ehem*, kau boleh terpikat. "Handsome", smart, macho, jambu-jambu, kalah lelaki. Kahkahkah.. Kalau jadi perempuan, lawa-lawa kott. Majoriti dorang ni senior-senior. Sebaya pun ada, lagi muda pun ada. Aku pun tak ada lelaki nak usha, keturunan-keturunan diorang nilah yang aku usha. Muahahahahaha.. Tapi tak adalah sampai aku nak halalkan yang haram *faham-faham jelah maksud aku*. Sekadar "cuci mata" je. Kehkehkeh.. Zaman sekolah menengah aku masih aktif dengan kawad. Sukan dah kurang, tapi kawad aku masuk. Kawad untuk rumah sukan, kawad untuk Kadet Remaja Sekolah (KRS) aku join dari Form 1 sampailah Form 5. So, aku ni dah biasalah berdiri tengah-tengah panas terik tu. Memang tak ada hal, lah nak berdiri tengah panas. Dah biasa dah menghitamkan diri, dan memang sepanjang aku di sekolah menengah, kulit aku ni gelap gila. Tiga tahun sekolah kat Bukit Bintang, lepas tu dipindahkan ke Taman Shamelin, Cheras (S.M.K. S.B. (U)). Tak best, kan nama baru sekolah tu? Kitorang yang asal sejak dari B.B. ni memang boikot habis nama baru tu. Sakitnya tu disini bila nama, motto, visi, lencana, lagu, semua pun dorang tukar. Walaupun bukan drastik dan completely tukar, tapi still kitorang sedih laa jugak sebab sebelum pindah umur sekolah tu dah lebih dari 100 tahun. Dulu dorang janji tak akan kacau sekolah yang lebih dari 100 tahun. Tapi dorang kacau juga sekolah kami sebab alasannya sekolah tu kat tengah-tengah bandar yang busy. Teruskanlah juga hidup di sekolah "baru" tersebut. Dan akhirnya, aku "graduate" di S.M.K. S.B. (U). Ada juga kenangan pahit manis masa sekolah menengah ni, tapi tak apalah. Kalau ada orang yang betul-betul nak dengar je aku akan cerita. ;)
- Zaman Universiti (18-24 tahun)
Masuk zaman Universiti adalah zaman dimana aku baru nak kenal, "bergaul" dengan lelaki. Kenal tak kenal sangat, gaul tak gaul sangatlah. Hahaha.. Segan dan malu tetap ada dalam diri aku dan ada sedikit culture shock sebab first time belajar dalam kelas bercampur dengan lelaki. Last satu kelas dengan lelaki masa 5 dan 6 tahun. Macam lame gila bunyi kan? Hehe.. Tapi Alhamdulillah aku tak adalah sampai lupa diri, apatah lagi hanyut dengan 'culture shock' aku tu. Walaupun aku orang KL, aku tak sosial *melampau*, dan tahu batas-batas aku *ecey!*. Tapi, kerja-kerja "jahat", kerja-kerja gila aku tetap buat. Kahkahkah... Contoh kerja gila? Melepak dengan budak-budak lelaki sampai ke pagi buta. Beramai-ramailah, bukanlah berdua je. Mesti orang akan kata benda tu perkara biasa, tapi bagi aku ianya perkara yang luar biasa sebab tak pernah buat *innocentnya aku lahai*. Masa ni, aku dah berubah. Tak usha pengkid dah. Usha lelaki pulak. Yelah, dah depan mata kan, takkan nak buat macam masa zaman sekolah pulak? Kikikiki... Tapi, aku macam biasalah. Sekadar usha je, tak buat apa-apa tindakan pun sebab aku bukan jenis perempuan yang approach lelaki (sampai sekarang perangai aku macam ni. Sebab tulah kott ......). Paling tak pun, aku add dia kat YM ke, Friendster ke, Myspace ke. Hehe.. Dulu aktif betul dengan YM. Kat YMlah orang akan tengok (especially lelaki, lah) side gila-gila aku. Depan-depan pemalu, kat YM....... Huahuahuaaaa.. Kalau chatting sampai ke pagi tu sudah menjadi perkara biasa. Kehkehkeh.. Masa zaman Universiti ni jugalah aku baru nak belajar "bercinta" *eeeeceyceyceyceyyyy*. Mula bercinta? Umur 20 tahun (bertahan selama 3-4 tahun jugalah). Ikutkan boleh je awal lagi. Tapi, ada mamat tu salah timing, salah cara, salah gaya, serba salah *eh*. Kata culture shock, kan? So bila lelaki approach, aku jadi seram (walaupun aku tahu dah lama dia dok perhati aku dari jauh). Tak tahu nak buat apa, aku macam "reject" mamat tu *entah kenapa laa aku cerita ni semua*. Dah selamat berumah-tangga, beranak-pinak dah pun dia, Alhamdulillah. Lagipun memang aku dengar taste dia chinese-look. Ex-ex dia, sampai ke bini dia sekarang pun chinese-look. Haha.. Aku tak bagitahu pun aku belajar kat mana, kan? Aku belajar di M.M.U. a.k.a. Multimedia Universiti a.k.a. MoneyMaker Universiti. Haha.. Ambil I.T., setahun di Melaka (Alpha a.k.a. sijil), yang selebihnya di Cyberjaya (Beta, etc. a.k.a Degree). Banyak main-main juga aku masa belajar. Lagi-lagi masa mula-mula bercinta. Bila dah "terhantuk", barulah nak sedar, terus aku cuba stabilkan cinta dan study *kemain ayat*. Akhirnya aku grad jugalah di M.M.U. tu walaupun aku grad lambat. Di situ juga aku bertemu dengan bestfriend aku yang lagi satu pula. Kami serumah (masa kat Melaka) *lain-lain bilik*, tapi lepas 2 bulan macam tu barulah kami berkenalan. Kalau tak sebelum tu tak pernah bertegur pun. Disebabkan satu hari itu yang menyebabkan kami berkenalan, dan terus sekepala, dan akhirnya kekal sebagai kawan baikku walaupun penuh suka-duka, onak duri sepanjang kami berkawan *mengalahkan orang bercinta*. Heee.. Dialah satu-satunya kawan baik aku yang boleh terima kutukan, kritikan, mahupun cacian dari aku. Hahaha.. Dan aku pun boleh terima semua itu dari dia. Barang dia, barang aku, barang aku, barang dia. Tak payah nak minta kebenaran. Tapi kadang-kadang tu lepas guna baru kitorang bagitahu kalau ada gunapakai barang masing-masing.
- Zaman lepas Universiti (24-25 tahun)
Habis Universiti, biasalah. Zaman kita tanam anggur dulu. Setahun jugalah aku tanam anggur. Tapi sebelum bermulanya career aku sebagai "Software Engineer", adalah juga join kursus-kursus yang dioffer oleh Kerajaan. First kursus yang aku join ialah '3D Animation & Flash CS4 Professional for Train and Place Scheme' under Kerajaan Sumber Manusia, Melaka (di Fajar Tekal Sdn. Bhd., Melaka juga). Sepatutnya kursus ni 2-3 bulan. Tapi dah nak hujung-hujung tu tiba-tiba orang Fajar Tekal ni offer kat budak-budak I.T. untuk join INSEP (Industrial Skills Enhancement Program) di Selangor Human Resource Development Center (SHRDC) pula. INSEP ni pulak lepas kursus 3 bulan kat situ, kita akan buat On Job Training (OJT), 3 bulan juga, di Scope International (under bank Standard Chartered). Kemudian based on performance, kita akan diserapkan masuk untuk bekerja terus di situ. Nama kursus yang aku ambil di SHRDC ialah 'Java Programming and Database'. Masa OJT pulak, aku join beberapa support team. Tapi, mungkin sebab bukan rezeki aku kat situ, aku tak dapatlah diserap masuk ke Scope. Mungkin juga sebab aku ni mulut tak banyak cakap, dan kerja support ni mulut kena banyak bercakap, so dorang tak nak terima aku, lah kott. Aku jumpa pula dengan seorang lagi kawan baik aku masa kursus di Melaka tu. Budak Sarawak. Punca kenal masa nak register kat Fajar Tekal. Dia dok borak dengan mak aku (sebab aku kan pemalu =P, dia pulak mulut bising), borak punya borak, sampailah dia pakat dengan mak aku nak tinggal sebilik dengan aku. Diorang pula yang pakat. Hahaha.. Dia orang pertama yang aku baru kenal 2 minggu, terus rapat, siap boleh bertepuk-tampar, bergurau-senda. Disebabkan kitorang rapat, pergi mana-mana pun sama-sama, dalam kelas pun duduk sebelah-sebelah, semua orang ingat kitorang ni adik-beradik atau sepupu. Sebab dua-dua muka macam cina. Lagi pulak, nama kitorang pun dekat-dekat. Sorang Syue, sorang Sya. So dorang gelarkan kitorang SyueSya. Siap ada sorang instructor kitorang kata, kalau dua-dua ada, baru dia boleh cam mana satu Syue, mana satu Sya. Kalau sorang je yang ada, dia confuse. Wakakakakak... Habis OJT semua, aku sambung tanam anggur balik.
- Zaman Kerja (25 tahun sehingga kini)
Pada aku zaman kerja ni penuh dengan liku-liku, onak duri, drama berbabak-babak, dan macam-macam lagilah. Aku rasa zaman kerja ni perangai manusia-manusia ni lagi macam-macam daripada masa zaman sekolah. "Colourful" sangat. At least dari zaman sekolah sampailah dah habis Universiti, sampailah aku join kursus, aku dapatlah jugak jumpa bestfriend even seorang, dan kawan-kawan yang lain pun ok je dengan kita. Tak ada apa-apa perasaan yang tak best dalam hati kite bila berkawan dengan diorang. Tapi zaman kerja ni, hmmm. Aku ingat jumpalah juga seorang kawan baik. Tapi, malangnya hubungan tu tak lama sebab aku tengok hubungan tu macam sehala. Sehala tu pada aku bermaksud, aku yang ikhlas nak berkawan, tapi yang pihak lagi satu tu macam tak ikhlas. Apa yang aku sedar, kalau kita nak jaga sesuatu hubungan (tak kisahlah hubungan apa pun), niat asal kita kenalah ikhlas. Kalau tak ikhlas, atau niat tu lain (even terdetik sekalipun), kemungkinan hubungan tu nak lama, kurang. Sebab bila sorang ikhlas, sorang tak, lebih kurang sama macam kau je sibuk pertahankan sesuatu hubungan tu, tapi yang sorang lagi kisah tak kisah pun *aku ni macam luahan perasaan je? Kekekekek*. Aku masih lagi dalam misi mencari seseorang yang aku boleh jadikan kawan baik yang dari zaman kerja pulak. Heheh.. Ok, sambung cerita. Lebih kurang 3-4 bulan aku tanam anggur balik, abang akulah yang banyak tolong aku forwardkan resume aku ke kawan-kawan dia. Forward punya forward, interview punya interview, akhirnya aku diterima bekerja di Dibena Enterprise Sdn. Bhd. sebagai Software Engineer. Company ni buat projek NGN untuk TM dan Huawei. Masa aku masuk, team NGN ni dah lebih kurang 2 tahun berjalan. Mula-mula join, biasalah. Orang baru, tak faham lagi kerja tu. Lagi-lagi pulak awak dulu belajar I.T.. Tup tup masuk company Telecommunication. Culture shock jugalah. Tapi, nasib dapat bos yang baik dan bagus, dan juga kengkawan yang satu team yang baik-baik juga. Doranglah yang banyak beri tunjuk ajar, kongsi ilmu kat aku. Ambil masa jugalah aku nak belajar dari awal mula site sampai habis. Kalau tak bos selalu hantar aku masa site dah hujung-hujung, nak habis. Sebab masa aku masuk tu memang banyak site yang dah ongoing. Seingat aku first site yang aku mula dari awal ialah site Kinrara, di Puchong. Site tu memang aku start dari load software, sampailah Port Test, sampailah ATP, sampailah penutup, sampailah aku tinggal sensorang sebab yang lain dah kena hantar ke site lain. Hahaha.. Lepas tu, makin lama setiap site yang aku pergi, mula-mula kemain ramai yang buat sekali. Tapi dah hujung-hujung aku kena tinggal sebab diorang kena hantar ke site lain pula. So aku memang dah biasa duduk kat site sorang-sorang. Sedihnya, aku hanya sempat bekerja dibawah jagaan Gan dalam 2 tahun sahaja sebab kontrak NGN Dibena ditamatkan. Last site aku, Cheras. Habis Cheras, melangok kat office dulu sebelum dihantar ke Cyberjaya pula tolong projek dengan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) (masih lagi under Dibena/Datasonic tapi company Smart Consult). Kerja apa yang aku buat kat Cyberjaya tu?? Aku jadi Technical Writer. Buat user guide untuk orang-orang JPN cara-cara nak gunakan system diorang dari A-Z. Bosan yang teramat sangat mengadap user guide tu. Huhu..~ Dalam lebih kurang 3 bulan aku kat Cyberjaya, aku ambil keputusan untuk berhenti. Itu pun sebab ada kawan yang nak sangat aku masuk ada company tu. So, aku pun hantarlah surat berhenti pada bos aku, dan selang seminggu macam tu lepas tarikh kontrak aku tamat, aku pun joinlah company tempat aku kerja sekarang ni. Silver Ridge Sdn. Bhd.. Masih projek yang sama (haaa company nilah yang ambil kontrak buat NGN pula), job title pun sama (sepatutnya sama tapi HR diorang letak lain pulak), cuma job scope pulak bertambah-tambah. So, tak lari mana pun aku. Kerja di SR jauh beza dari masa di DB. Gap dia aku rasa macam langit dengan bumi *macam jauh nau je tu*. Dia punya sakit tu lain macam walaupun kerja yang sama je aku buat *cuma UP sikit laa*. Tapi, Alhamdulillah, lama-lama tu bolehlah juga aku survive. Lagipun, nak tak nak, suka tak suka, aku kena jugak survive. Kalau tak, macam mana nak hidup?? Life kerja kat SR ni lain sangat dari masa kat DB. Aku rasa aku kat SR ni, aku lagi banyak buat hal sendiri dah sekarang berbanding dulu. Kalau dulu masa awal-awal masuk, mahulah juga aku bergaul, berkawan dengan semua yang 1 team. Tapi dah lama-lama tu, aku rasa lebih baik aku buat hal sendiri, dan makin lagi aku prefer menyendiri, berdiam-diri, dari bergaul dengan orang. Sebab kita tak tahu mulut dan hati masing-masing. Ya, ada yang aku jumpa baik, nampak macam boleh ngam, tak kacau hidup kita, mungkin ikhlas berkawan dengan kita, tapi still, kita tak tahu dia macam mana (dan mungkin tak berapa nampak lagi sejauh mana kejujuran, keikhlasan itu ;P). Mungkin kita je yang nampak dia ok dengan kita, tapi sebenarnya dia gitu-gitu je *tak tahu nak explain macam mana.. Kekekekek*. Tapi, walaupun aku dah mula "menyendiri" ni, aku sebolehnya tetap layan dan ok dengan semua orang seikhlas, sebaik hati aku. Orang nampak ke tak nampak, nak percaya ke tak nak percaya, nak mengata ke tak nak mengata, terpulanglah. Sebab hati aku, aku tahulah. Hehehe.. Eh, panjang betul cerita zaman kerja aku ni ek? Hahaha.. Yelah, masih lagi bekerja, memanglah cerita tak habis lagi. Kikiki.. Ok, kita stop cerita zaman kerja. ;D
Dan...
~ Tamat Sudah Cerita Dari Zaman ke Zaman Mazam-macam Zaman Berzaman-zaman =P ~
(Sambung lain pulak sikit ;P)
Aku ni suka memerhati orang. Bukan untuk buat apa-apa pun, tapi suka tengok gelagat orang. Sebab kadang-kadang dari situlah aku cuba kenal dan faham orang. Melalui perbuatan, tingkah-laku, gaya, etc.. "Action speaks louder than words", kan? So, dari action orang, kadang-kadang kita boleh kenal dan nampak dia macam mana orangnya. Ya, kadang-kadang tu dari cara percakapan pun kita boleh tahu orang tu jenis macam mana. So, aku nilai orang dengan cara memerhati orang tu dari semua segi. Sebab tulah aku ni tak ramai yang aku boleh baik, rapat, gelak, kawan, lepak, ngam, sekepala, dan (atau) ... Bukan sebab aku tak suka berkawan, tapi sebab aku lebih prefer cari kawan yang aku boleh percaya, mahupun, ataupun, yang sehidup semati. Jangan ingat berpasangan je nak yang macam tu. Berkawan pun sama, ya. Heheh.. So, kalau korang yang kenal aku ni nampak aku ni tak banyak bercakaplah, apalah, semualah, aku ni sebenarnya diam-diam ubi berisi *cheeeewah!*. Hahaha.. Walaupun aku dengan hidup dan cara aku sendiri, tapi aku masih memerhati orang keliling aku. Kadang-kadang dari memerhati orang nilah yang buat aku prefer buat hal sendiri, sebab aku tengok macam ada agenda/benda tersembunyiiiii je. Hahahaha.. Ok ok. Mungkin tak semua orang, dan mungkin juga perasaan aku je yang lebih. Tapi yang pasti, aku tak kisahlah apapun yang nak disembunyi, tersembunyi, menyembunyi, yang penting aku masih ikhlas layan orang. Ramai aku rasa yang tak tahu aku ni sebenarnya pendengar dan penasihat yang setia dan baik *puji diri sendiri nampakkk*. Hahaha.. Puji tak puji sangatlah. Tapi diakui oleh beberapa yang rapat dengan aku, lah. Kehkehkeh.. Aku ni juga seorang yang sangat-sangat memahami orang (boleh refer ayat-ayat aku sebelum ni, kenapa aku ni sangat memahami orang =P). Yang ni memang confirm sebab ada yang rapat dengan aku pernah cakap kat aku. Wahahahaha.. Dan sebab itulah aku layan orang pun depends pada orang tu. Ada yang aku biasa-biasa je, ada yang aku gila-gila, ada yang aku gitu-gitu, ada yang aku selamba mak nenek, ada yang aku layaaaankan aje, dan sebagainyalah *ada juga yang kesemuanya sekali =P*. Tapi, yang betul-betul kenal, nampak, faham diri sebenar aku, adalah yang betul-betul rapat dengan aku. So, agak-agak, korang yang kenal aku tu dalam kategori mana, ya, dengan aku..? *hiks*. Adakah korang dalam kategori yang rapat dengan aku?? *tanyalah sama diri dan hatimu :))*.
Okaylah, Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca coretan *ala-ala luahan hati perasaan pun ada* aku. Hahah.. Kalau ada apa-apa keraguan, pertanyaan, luahan, atau yang sewaktu dengannya, jangan malu, jangan segan, meh tanya/cerita kat aku. Aku sedia mendengar =P. Kalau korang malu, aku laaaaaaaaaagi malu. Kalau korang segan, aku laaaaaaaagi segan. Bahahahahaha.. Okeh okeh. Aku sempoi je. ;)
~ See Ya Later Alligator ~
~ Asta La Vista, Baybeh ~
~ Kalau aku tak tutup, cerita tak habis-habis, dan makin merapu nanti :)) ~
~ Macam bukan serba-sedikit dah ni, macam banyak dah ni =)) ~
~ Maaf kalau nampak macam syok sendiri (^_^) ~
~ Peace Out ~
Comments