~ Chronology of My Resignation ~

Hahahaha.. Bila kau dah kerja kat department sekarang, kau mulalah applykan knowledge yang kau dapat sepanjang kau berkhidmat! Kikikiki.. Tapi aku tak ada laa nak letak sekali tarikh ka, time ka, kat chronology aku ni. Aku letak tahun je laa kott. Hahahaha.. Ya, di sini aku nak ceritakan flow macam mana, bila, bagaimana, kenapa, blablabla, aku berhenti kerja. =P

2012

Di mana aku bermula bekerja di company S "bukan nama sebenar" pada 1 November. Hahahaha.. Aku join company ni sebab kawan. Kemain dia ajak aku continue buat NGN lagi lepas company lama dah tak sambung contract. Tapi last last dia tukar company lain lepas sebulan aku join. Cit~! Okay, lah. Tak apalah dia buat macam tu. Aku pun fikir masa tu aku nak kerja je kat company ni at least dalam 2-3 tahun, lepas tu berhentilah cari kerja lain. Last last hamik kau! Nak dekat 5 tahun aku menempek kat company tu. Hahahahah! Antara sebabnya, aku malas nak cari kerja lain. Lagi pun aku memang suka buat NGN. Seronok.

2013-2014

Memang ada je niat nak berhenti. Tapi tak berhenti pun sebab fikir ada kawan kawan dan macam malas nak cari kerja lain. Hahahahaha..

2015

NGN dah mula nak habis. Sebenarnya hati tu dah mula rasa nak berhenti tu agak dah lama. Lagi lagi pulak bila kawan kawan semua dah mula mencari. Lagi aku mula terasa nak berhenti lepas kawan yang aku baik sepanjang buat NGN, dah berhenti. Huhuhu.. Rasa macam patah semangat aje masa tu. Tapi aku teruskan laa jugak. Even banyak sakit hati, tak puas hati, blablabla, aku continue jugak buat NGN. Lagi pun seronok tu masih ada tiap kali aku buat kerja. Dan jugak lagi, aku banyak fikir pasal oranglah, orang tak cukuplah, aku sendiri pun tak cari kerja lagilah. So, aku bertahan je laa kat company ni. Bila NGN dah betul betul habis, memang hati aku ni nak je berhenti kerja. Tapi, 1, aku tak cari pun kerja lain. 2, aku fikir aku nak belajar pulak benda lain selain NGN. Sebab semata NGN memang ikutkan tak cukup untuk aku nak pergi ke company lain. Makanya, lepas NGN habis, aku pun masuklah ke department NOM. Masa awal awal join department baru tu, bosannyaaaa lahai aku. Aku ni dah laa pemalu. Lambat nak warm up dengan orang. Disuruh pulak team up dengan someone yang pada mulanya tak banyak bercakap. Aku ni lak jenis yang untuk awal awal tu, sementara nak kenal mengenali antara satu sama lain *ecey!*, orang yang nak kena ajar aku tulah yang kena mula bersuara. Tak kisah laa panggil untuk mengajar ke, ajak join troubleshoot ke, tak kisah laa. Tapi yang penting dia kena mula dulu. Sebab aku nak cuba kenal orang tu macam mana supaya aku boleh ikut rentak dia, dan dia pun boleh laa ikut rentak aku juga. Tapi ambil masa beberapa bulan jugak laa nak warm up dengan dia ni. Dan itu juga jadi punca aku pasang niat nak berhenti sebab rasa macam tekanan jiwa pulak. Wakakakak.. Tapi sekali lagi niat tu terbatal sebab tak cari kerja lain, dan aku masih nak menimba ilmu. Kalau cari pun, senyap. Tak ada berita. Makanya, aku pun bertahanlah selagi boleh. Nasib bila depan depan masa buat kerja OK, dan makin lama tengok OK je. Kikikiki...

2016

Macam biasa. Tiap kali aku rasa bosan, tiap kali ada issue merapu, tiap kali stress, sakit hati, dengan perangai orang, company, blablabla, mulalah hati aku ni rasa nak berhenti kerja. Tapi aku fikir lagi, mana lak aku nak cekau duit nak bayar duit kereta, bil bil, hutang piutang semua kalau aku berhenti tanpa dapat kerja kat mana mana dulu??? Haaa, makanya, tak jadi lagilah aku nak berhenti, dan meneruskan kesakitan dan keperitan bekerja. Kuikuikui... Tapi semuanya berubah selepas munculnya satu issue ni. Issue server. Sepatutnya company kami hire satu company vendor untuk support apa apa issue server. Especially hardware part. Tapi kadang kadang muncul issue software ka, OS ka, server ka, tak kisahlah, memang kami akan refer pada vendor. Sebab kami takdak expert. Ada expert pun haram jadah. Hahahaha.. Tapi yang issue kali ni, vendor yang dah lama company hire tu, tak boleh nak bantu. Macam macamlah issuenya yang jadi punca dorang tak boleh nak settlekan. Time tu memang aku dah stress, pening, segala jenis sakit keluar. Yang si Y1 suruh aku push si Y2, yang si Y2 suruh aku deal dengan vendor F dan vendor P. Lepas tu si Y2 suruh aku deal pulak dengan Y1 sekali dengan client. Semua aku handle sorang. Tak ada pembantu. Langsung. Time tu jugak server server lain pun join sekaki ada issue yang minta aku settlekan. Memang tak menang tangan. Tapi disebabkan satu server ni yang buat hal, memang aku kena settlekan dia dulu. Sebab memang tiap kali server tu buat hal, keutamaan sentiasa diberi pada dia. Tak boleh toleh kiri kanan langsung. Memang time tu aku dah stress sangat. Tak pernah aku rasa stress sampai tahap teruk macam tu. Kenapa aku kata teruk?? Sebabnya stress tu dah buat sampai aku jatuh sakit. Hari yang kena turun site untuk settlekan kerja tu. Hari Jumaat. Aku ingat lagi. Aku keluar lunch dengan adik dan Abah aku. Kepala aku tiba tiba sakit sangat. Sementara tunggu dorang habis solat Jumaat, aku dalam kereta cuba tidur nak kasi hilangkan sakit kepala. Tapi tak jalan. Rasa macam nak muntah pun ada masa tu. Kebetulan pula, Abah suruh aku bawak kereta lepas dorang habis solat. Masa drive hantar adik aku balik UPM, memang kepala dah tak tahan sangat dah. Badan pulak dah start lenguh lenguh. Dari kepala, turun ke badan. Sakit sangat. Sampai je rumah, masuk bilik, kunci pintu, aku breakdown. Dah macam kena depression dah aku rasa. Sakit kepala, sakit badan, sekali demam, air mata pun dah meleleh leleh dah ni. Huhuhu.. Masa tu memang nak je aku MIA. Sebab nak mintak tolong orang lain yang turun, tak boleh. Sebab tempat susah nak masuk. Bila nak dekat dekat time gerak ke site tu, memang aku dah tak ada mood dah sebab tak larat sesangat. Tapi aku cuba gagahkan diri jugak drive. Risau gak masa drive tu. Takut terbabas je. Time tu memang dah kata pada diri, sampai sana, singgah Petronas, beli Panadol Extra, telan. Dan doa kau akan sihat masa kau kerja nanti. Sampai site, sambil sambil tunggu tu, aku cuba laa pejam pejamkan mata sebab dah telan ubat dan kepala pening lagi. Alhamdulillah, dah tengah malam macam tu, sakit tu makin kurang. Sakit kepala, lenguh lenguh badan, demam, semua makin kurang. Badan pun macam nak keluar peluh. *Dalam bilik server pun boleh nak peluh. Kikiki*. Baru laa rasa mood tu OK. Walaupun hati tu rasa macam berkecai laa sebab kena macam ni. Hahahaha.. Sejak dari tu, memang hati aku dah berubah. Dari seronok buat kerja, walaupun stress tapi seronok, terus aku rasa macam lantak pi je laa dengan server tu. Ada issue, korang handle laa sendiri. Aku perhati dari jauh je. Tak pun tender 24 hours. Tapi tak boleh sebab tak ada duit nak bayar company. Wakakakakak.. So, sejak dari hari tu, memang hati aku kuat nak berhenti. Cuma tak hantar surat sebab........ Tak dapat mana mana kerja lagi. *Nangis*

2017

Lepas issue tahun lepas tu, ada satu lagi issue pada tahun yang sama, bawak ke tahun ni. Time tu hati aku dah tak berapa semangat dah. Sebab issue tu pun sama teruk. *Mungkin lagi teruk*. Sampai tak balik rumah tiga hari turut turut. Issue tu pun si Y1 main push push si Y2. Yang pening, aku. Cit. Tapi, tak ada siapa pun yang tahu. Pada awal tahun ni, niat aku nak berhenti sangatlah kuat. Kuatnya sampai tahap aku dah tak kisah kalau aku masih tak dapat offer mana mana kerja lagi. Aku tetap nak berhenti. Macam mana kali ni hati tu kuat??? Aku perasan sejak aku balik dari s___k bulan 12 tahun lepas. Apa sahaja yang aku nak buat atau settlekan lepas balik dari cuti 10 hari tu, segalanya dipermudahkan. *Alhamdulillah*. Aku nak settlekan loan kereta..... Settle. Aku nak settlekan kereta Viva aku tu hantar servis sekali betulkan segala jenis masalah kat kereta tu.... Settle. Dan bila aku mula fikir untuk berhenti kerja, memang kali ni hati tu sangat kuat, dan aku tak fikir pun pasal aku dapat kerja kat mana mana ke tak sebelum berhenti tu. Sebab aku dah start tentukan hala hidup aku kalau aku jadi berhenti kerja. Mungkin nampak macam terlalu drastik, terburu buru. Tapi aku percaya pada rezeki Allah. Aku yakin, rezeki tu ada kat mana mana. Itulah dia penangan aku balik dari s___k. Memang sepanjang aku kat sana pun, aku rasa tenang sangat. Tak fikir masalah, tak fikir kerja, tak fikir hal dunia sangat. Aku hanya fokus yang aku nak cuba berubah ke arah yang lebih baik. Dan dimulakan dari dalam. Dari hati. Sebab tulah apa apa yang aku fikirkan dan niat lepas tu, aku rasa tenang je nak buat decision. Sekarang ni je dah mula nak tunggang terbalik lagi. Hahahaha.. Rasa macam tak sabar pulak nak bulan 5. Sebab nak cuci balik hati dan diri tu. Dah start kotor balik tu. Kikikiki..

Makanya. Akhirnya. Aku pun hantar notis 2 bulan, kalau ikut tarikh dalam surat, bermula 1st March 2017. Tapi boss tukar 3rd March 2017 sebab 1st March tu tak jadi hantar sebab konon nak bincang dulu. Tapi dah 3rd March pun senyap, aku pass je laa kat Admin. Hehehehe.. Next weeknya tu barulah dipanggil untuk berbincang. Masa tu ingat nak kata memang proceed je berhenti, sekali tak sangka lak sekali dua dua boss aku kena jumpa. Terus terbatal ayat ayat tu. Hahahaha.. Boss boss offer aku macam macam. Ikut apa yang aku nak. Time tu mula laa aku fikir balik. Betul ke apa yang aku buat ni? Nak berhenti? Ke nak terima je offer boss? Tapi bila fikir punya fikir punya fikir, akhirnya, lebih kurang seminggu lepas tu, aku putuskan untuk proceed. Antara sebabnya, rasa macam tak adil pulak untuk orang lain kalau kerja ikut kehendak aku. Kang ada yang tak puas hati lak. Lagi pun, hati aku dah tak ada sangat dah kat situ. Huhuhu.. Dan sebab lainnya, adik beradik aku nak startup bisnes food delivery. Aku pun nak mula start jual cookies dan kuih arab aku. So, aku rasa better aku focus situ dulu. Lagi pun bulan 5 kalau ada rezeki, 10 hari lagi aku nak unreachable. Kekekekek..

Fuhhh~ Aku rasa ni bukan chronology dah ni. Ni dah macam campur sekali luahan hati. Kuikuikui.. Tapi apa yang aku luahkan kat sini tak bermaksud aku nak burukkan sesiapa. Tak. Aku hanya nak cerita pengalaman aku je. Masing masing ada baik buruk mereka. Aku pun sama. So, aku kena terima semua tu dengan hati yang terbuka. Sebab kita tak tahu siapa yang betul betul ikhlas baik dengan kita, siapa yang tak. Maka jalan terbaik, aku baik je dengan semua orang dengan buang semua rasa rasa negatif itu. Yang pastinya, memang inilah antara sebab aku berhenti kerja dan masih proceed untuk berhenti walaupun diberi macam macam offer. Orang pun ada kata, kalau nak berhenti, biarlah masa orang tengah suka. Insya-Allah, hubungan baik tu akan kekal. Jangan masa orang tak suka, nanti susah nak kekalkan hubungan baik tu. Kan? Hehehe.. Aku doakan semoga company S berjaya dan majulah lepas ni. Semoga banyak projek, and take a really good care of all of your employees. Coz without them, you are nothing. Trust me. Nothing. *Eh, tetiba speaking lak. Kikiki*

Astalavista, bebeh~!

Muah ciked~!

Comments

Popular Posts