Kawan...

Kawan...
Aku tak ramai kawan.
Boleh dikira berapa ramai kawan yang aku ada.
Kawan yang aku kategorikan kepada tiga; Kawan biasa, kawan baik, kawan rapat.
Yang lain, biasanya aku hanya anggap rakan sekerja atau kenalan.

Kawan biasa - Kawan gelak tawa, kawan borak kosong, kawan yang biasa biasa jelah. Hehe..
Kawan baik - Kawan yang kita baik dan ambil berat. Ada benda yang kita cerita, ada benda yang kita tak cerita. Ada limit dan batasnya.
Kawan rapat - kawan yang tahu hampir semua kisah kita. Kawan sehidup semati. Kawan suka duka. Kawan yang pegang banyak rahsia kita.

Kawan Perempuan...
Memang confirm lagi ramai dari lelaki. Haha..
Mungkin sebab dulu 11 tahun aku sekolah perempuan semua.
Mungkin juga sebab aku tak berapa nak sosial.
Tapi mungkin juga sebab aku ni pemalu. Hahahaha..
Aku ada tiga kawan rapat dari tiga tempat berbeza.
Yang dari sekolah , universiti, dan juga kursus.
Tiga-tiga ada perangai dan sifat masing-masing.
Tapi cukup untuk buat aku selesa dengan mereka.
Ya, ada lagi sorang yang aku boleh katakan rapat kat tempat kerja.
Aku tak anggap dia kawan, tapi lebih kepada adik.
Dia satu satunya manusia yang aku boleh dan selesa bercerita kat tempat kerja.
Banyak cerita dan rahsia aku dia pegang.
Tak ada dan tak jumpa lagi orang lain kat tempat kerja yang aku boleh cerita semua selain dia.

Kawan Lelaki...
Boleh dikira berapa ramai yang aku anggap kawan.
Kenapa? Mungkin sebab aku tak reti nak berkawan dengan lelaki.
Aku cuba. Tapi biasanya malu dan kekok melebihi segalanya. Hahahah..
Ambil masa untuk aku "selesa" dengan lelaki.
Ambil masa juga untuk aku "terima" lelaki. *eh, apa kena mengena? Wahahaha*
Tak dinafikan, ada juga yang aku baik.
Tapi yang betul betul aku baik dan percaya, sorang je.
Kenal dia sejak company lama, bawak ke company sekarang.
Cuma dia dah berhenti, kerja tempat lain pulak sekarang.
Baik dan agak rapat sebab dia faham dan kenal aku.
Tak ramai lelaki yang faham dan kenal aku.
Apatah lagi terima aku seadanya.
Aku berterima kasihlah sebab dia banyak laa jugak "jaga" aku yang pangkat "kakak" dia ni. Hehehe...

Terima Kasih, Kawan...
Terima kasih, kawan, kerana kenal aku.
Terima kasih, kawan, kerana faham aku.
Terima kasih, kawan, kerana terima aku seadanya.
Terima kasih, kawan, kerana bersabar dengan aku.
Terima kasih, kawan, kerana tahan dengan perangai aku.

Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.

I love you all.
Especially my bestfriends.
And those who are close to me.

Comments

Popular Posts