~ Elite Hotel, Muar, Johor ~

Assalamu'alaikum & Selamat Sejahtera semuanya pun. Hehe.. Setelah asyik malas je nak update blog ni, hari ni saya dengan rajinnya nak update sesuatu untuk dikongsikan dengan semua yang TERRRRbukak blog ni. Ekekekekek.. Saya mahu kongsikan dengan anda semua mengenai satu hotel yang saya diami di Muar, Johor, atas sebab kerja. Kenapa tiba-tiba saya nak cerita tentang hotel ni ye? Hehe.. Sebabnya dalam banyak-banyak hotel "murah" or "biasa" yang pernah saya diami, hotel ni antara hotel yang paling saya puas hati sekali. Walaupun harganya agak mahal, tetapi ianya sangat memuaskan hati. Nama hotel tersebut ialah, Elite Hotel, atau nama penuhnya Elite Mansion Boutique Hotel. Jangan tanya kenapa nama dia panjang macam tu sebab tak pernah tanya pulak kat tuan tanah dia. Haha.. Tapi nak senang cari hotel ni, cari je Elite Hotel kat Google. Confirm jumpa. Hehe..

Kenapa saya berpuas hati dengan hotel ni yer? Saya berpuas hati kerana walaupun harganya agak mahal untuk saya yang bergaji kecil ni, tetapi facilities, maintenance nya semua amat baik. Dari segi kebersihan bilik, bilik air, memang amat puas hati. Tak macam sesetengah hotel bila bab kebersihan, agak fail. Lagi-lagi bilik air. Ada yang kotor lah, paip rosak, sempit, dan ada lagilah kekurangannya yang tak berbaloi dengan harga bilik. Begitu juga dengan bilik. Saya pernah dapat hotel harga dalam lingkungan RM60-RM75 (ada yang lebih), saiznya separuh dari bilik di Elite Hotel ni. Keluasan bilik tersebut pun agak sempit. Katil queen, tapi saiz bilik muat untuk seorang je yang boleh solat. Itu belum masuk beg-beg lagi. Tapi di Elite Hotel, biliknya cukup luas. Kalo ada bawak budak, dorang boleh main teng-teng lagi dalam bilik ni guna tile walaupun hanya Superior Room. Haha.. Cuma kekurangannya, bilik ni tak ada cermin. Cerminnya cuma ada dalam bilik air je. Huhu..~ Lagi satu kekurangannya, hotel ni tak provide arah qiblat (maybe sebab cina tuannya). Kita kena cari sendiri guna apps kompas qiblat. Dalam banyak-banyak apps kompas qiblat yang saya download, akhirnya saya pilih apps 'Prayer Times'. Dalam apps ni kita boleh pilih specific tempat/bandar kita tinggal, dan apps ni akan provide kan degree kedudukan qiblat tempat/bandar tersebut ikut arah jam dari arah Utara. Jadi, kita kena tahu dahulu arah Utara di tempat tinggal kita, kemudian arahkan 'Utara' apps kompas qiblat ke arah utara tempat tinggal kita, lepas tu kita akan nampak jarum arah qiblat kita (huh~ sempat lagi explain pasal kompas qiblat pulak. Hehe..). Di bawah saya provide kan link untuk download apps 'Prayer Times' untuk pengguna android kalau mahu. Atau kamu boleh download terus di Google Play dan search Prayer Times. Ada gambar orang sedang duduk antara dua sujud pada apps tersebut. ;D


Ok, di sini saya kongsikan beberapa gambar yang saya ambil di internet dan juga yang saya ambil sendiri guna iPod saya. Bilik yang saya tinggal tu ialah Superior Queen berharga RM85/night. Tak banyak pun gambar yang saya ambil. Tapi cukuplah untuk tatapan semua. Hehe..

Senang. Ada Old Town White Coffee kat bawah hotel. ;D [Gambar dari internet]

Lobi hotel. [Gambar dari internet]

Bilik airnya sangat bersih dan memuaskan hati. [Gambar dari internet]

Superior Queen. RM85/night. Bilik yang luas. [Gambar dari iPod saya]

Menarik dan luas, kan? ;) [Gambar dari iPod saya]
Saya kongsikan juga rate untuk setiap jenis bilik yang ada di Elite Hotel ini.

Elite Hotel's Room Rate base on Room Type.
Di bawah ialah facilities yang hotel ini provide untuk bilik jenis Superior Room.

1 Queen size Bedroom
Free WIFI
Tea/Coffee Making Facilities
Satellite TV
Bathroom toiletries
Electronic Door Lock

Dan juga facilities yang di provide oleh hotel kepada tetamu-tetamu mereka.

Keycard security system
24-hrs help desk
Housekeeping
Laundry service
Hair dryer (upon request)
Air-conditioning with individual remote control
Complimentary Hi-Speed Wireless Internet connection
LCD TV with ASTRO satellite channels
24-hour camera surveillance- Fire alarm with smoke detector
Hot water for shower
Free Parking

Additional:
Iron & iron board (upon request)

Agak ok jugalah kan hotel ni..? Pada saya memang cukup puas hati. Kalau ada antara kamu yang baca entry ni teringin untuk pergi ke Muar, bolehlah cuba Elite Hotel ni. Saya jamin, ianya amat berpuas hati. (Nampak tak berapa banyak kali saya tulis 'puas hati'? Haha.. Itu maknanya tempat ini sangat puas hati. *lagi sekali puas hati*. Haha). Saya sertakan juga link website Elite Hotel ini untuk panduan anda.


Semoga kamu juga berpuas hati dengan hotel ini seperti saya.
Selamat Mencuba~! ;D

Comments

WAWA said…
Senang tak nak cari hotel ni ???
SyaD03 said…
hi wawa.. maaf lmbt jwb.. senang je nk carik hotel nih.. die dkt dgn salah 1 jln dari bulatan yg ade The Store..
Anonymous said…
tq support us :)

Popular Posts